DISCLAIMER: Aku bukan penyokong tegar mana mana parti politik, curahat aku ini hanya pandangan peribadi aku sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai, itu sahaja. Jadi kepada mana mana pembaca yang totok mana mana parti politik, tak kira lah Kerajaan atau Pembangkang, harap guna kan akal sebelum nak komen balas entri aku ini, kalau nak komen la : P
=============================================================================
Aku bayar cukai, aku rakyat Malaysia.
Maka aku rasakan, aku ada hak, sebagaimana kalian semua yang ada hak sebagai rakyat, sebagai pembayar cukai. Wang negara salah satu puncanya ialah menerusi cukai(pelbagai cukai), bukannya hasil derma mana mana politician. Fahamkan dulu fakta ini. Jadinya, cukai = wang negara = ialah wang rakyat. (selepas ini aku gunakan istilah wang rakyat)
Di negara maju, rakyat memang mempunyai suara dan hak yang besar, mereka boleh berbincang, berdebat secara terbuka tentang ke mana wang rakyat digunakan, disalurkan. Di negara kita, agak sukar nak berdebat secara terbuka( kerana ada pihak yang kata " debat bukan budaya kita "..alahai..).
Kenapa aku tulis entri ini?
Saja..
Nama pun blog..Blog aku...
Asalkan aku tak tabur fitnah..aku tak aibkan mana mana individu secara direct..Aku rasa, itu hak menulis dalam blog...Anda mungkin tak bersetuju dengan apa yang aku tulis, itu hak anda. Afterall, ini sesi curahat :)
BR1M
Aku tak layak pohon BR1M. Ok, aku terima, aku redha, aku terima dengan hati terbuka. Ramai lagi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, di uji dengan ujian harta benda oleh tuhan. Maka aku tak kisah dengan penyaluran wang ini. (walaupun banyak pihak pertikaikan kenapa yang bujang solo pun dapat BR1M 2.0 )
Rebet telefon pintar
Ini antara syarat syarat nya ( walaupun kini dikhabarkan, harga telefon tu dah tak kisah berapa)
- Malaysian citizens who aged 21 years to 30 year-old
- RM3000 monthly income below
- 3G smart phone models approved by the maximum price RM500
- Only a smart phone for a youth.
Pemberiannya berbentuk one off, yang bagi aku tak memberi keuntungan jangka masa panjang baik kepada individu itu sendiri, mahupun negara.
Dan, pemberian rebet ini seolah olah "mengajar rakyat muda menjadi boros, tak ukur baju di badan sendiri".Kalau dah tak mampu nak guna smartphone, maka pakai sahaja lah apa apa handphone yang anda mampu. Analoginya, kalau tahu tak mampu nak pakai Ferarri, kenapa sibuk sibuk nak pakai Ferrari? Pakai sahajalah Viva. Kononnya ia menggalakkan penggunaan IT dikalangan generasi muda..sorry..aku tak setuju. Apa guna ada smartphone kalau tak mampu nak langgan data plan, mengharap wifi free di kedai mamak/McD? Apa guna smartphone kalau hanya guna untuk berFB memanjang? Dan kalau tanpa smartphone pun, masih ada komputer yang boleh akses internet bukan?
Maka semalam aku sengaja bagi status perangkap ini di FB aku:
Dan aku amat tertarik dengan komen kawan baik FB/blog aku, Yunus Badawi (YB)
Komen beliau:
"habis tu pembeli yg di atas 35 takkan takde rebat? Kami nipun pembayar cukai dan pengundi juga"
" Saya
masih tak faham kenapa nak bagi rebate smart phone utk budak2 tu. Kalau
nak bagi rebate, bagilah kat semua. Budak2 tu belum tentu mengundi pun
.... huhu"
Makanya, lihat bagaimana pemberian on off sebegini tak kena pada semua golongan. Golongan macam aku dan YB ( dan ramai lagi seperti diluar sana)..kami tak dapat bonus kerajaan (sebab kami kerja sendiri), kami tak dapat durian runtuh Felda ( sebab kami bukan generasi Felda), kami tak dapat BR1M, dan kami tak dapat Rebet Telefon Pintar. Dan ya, kami ialah rakyat Malaysia, yang membayar cukai, dan kami juga ialah pengundi.
Anda mungkin mencebik muka mengatakan " alahhh..jeles la tu"
Aku tak jeles..Cuma aku risau..Aku risau apa nasib anak cucu aku..anak cucu kalian semua..
Andaikan bahawa 'fenomena' pemberian on off sebegini menjadi budaya, menjadi trend di Malaysia selepas selepas ini..Dan pada masa itu, anak cucu cicit anda 'tersisih' secara terhormat daripada memperolehi manfaatnya..Sedangkan mereka begitu akur membayar cukai setiap tahun.
Aku bukan pakar ekonomi..
Tapi aku yakin, pasti ada mekansime lain untuk perbaiki 'fenomena' sebegini.
Pasti ada mekansime lain yang membolehkan kekayaan negara(wang rakyat), dikongsi bersama sama.
setuju sgt2
ReplyDeleteahh~~~jeles lettew~~~keh keh~~
ReplyDeletebetul!!!
ReplyDeletesemuanya sy tak layak memohon :(
eh betul la doc..sebelum ni tak tepikir pun....bile bace mmg byk betulnyer....tapi ape yg pasti semua ni agenda memancing undi....
ReplyDeletesubsidi gula dan minyak dipotong... tapi diam² ditukar ke subsidi br1m, tr1m, kr1m (err, saya suka² je kasi nama ni, but u get my point la kan?), tetap la jugak subsidi, cuma ada 'target audience' je instead of bagi semua lapisan rakyat
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya pon daif tentang ilmu dan isu politik..
masa saya dengar dapat rebate2 ni...
saya cuma cakap.."owh ye ke..untung lah...!!"
sebab malas nak cakap banyak2 depan dorang..
tapi terdetik dalam hati..apa motif sebenarnya..sebab belom tentu sogok2 pon dengan menda macam ni dapat manfaat .. takot makin merosakkan...heemm...
tapi duit rakyat yang saya dapat pulangan ialah.. setahun rm 200 tu saya ambil.. sebab itu duit saya jugak...(selagi saya jadi student lah.. lepas habis dah tak dapat balik duit saya tuh.. uhhuuu..).. takpe kan..?..
x moh cakap banyak lah.. saya tak pandai..
Sesiapa yang totok, berusaha keras mengatakan, baiknyaaa si polan si polan sebab bagi itu ini pada rakyat. Hakikatnya, pembayar cukai yg kerja berhempas pulas untuk dapatkan keselesaan dan pencapaian hidup, terpaksa korbankan hampir separuh pendapatan untuk si polan si polan. Hubby register mengundi, tapi sejak cukai bulanannya laju mengalir, dia mula tawar hati untuk mengundi.
ReplyDeleteUndi utk Nyahkan BN... #Vote4Change
Deletesalam ..
ReplyDeletekty pun takde dpt apa pun dari baget 2013
rebate tel ke , Br1m ke ,
anak2 rebate tel tu pun x dpt , yg rm100 tu dpt ..tp mesti kena bayar yuran pibg kan, rm50
voucher buku utk anak yg study kt u..anak kty ckp..bukan boleh beli buku yg digunapakai utk study pun..beli buku citer ke boleh ler kot..atau tgklah nanti camner..
walaupun kerja swasta, kita bayar cukai juga :)
mungkin boleh cadangkan cara lain supaya rakyat dapat dibantu..tapi manusia ni bila dibantu tapi tak nampak,kata tak bantu..hehe..saya pun tak layak dapat..ada betulnya kata daddy ziyyad tapi kena juga fikir alternatif lain.. (saya pun bukan ahli politik hhaha...)
ReplyDeleteSalam.. x berani nak komen sgt kalo kait2 ngan pilitik nih..
ReplyDeletetapi betol lah kata DZ.. kalo boleh biar sama rata merasa kekayaan negara.
nak ngadu domba neh!! kenapa pekerja swasta sgt dianaktirikan bila nak buat personal loan.. adakah semua pekerja swasta tak bayor installment loan dorang??? ADAKAH?? huhuhu..
sekian..bye!
BR1M dan rebet tepon
ReplyDeletedua2 cheqna tak dapat...
huhuhu
redha itu ikhlas..pasrah itu menyerah...boleh gitu???
setuju....err..smlm terkomen kat situ jugak :D
ReplyDeleteYESSSSS.... saya sangat setuju dengan kenyatan Doc tu... dan saya juga adalah seorang pembayar cukai yang tak pernah miss tiap bulan, confirm tiap bulan gaji kena potong. Saya adalah salah seorang yang tak dapat apa2 rebet yang kerajaan umumkan. Kenapa student jer yang dapat rebet tu... dah tentu la dia orang tak bayar cukai... BR1M pun saya tak pernah dapat... kalau gaji saya banyak dah lama saya KAYA
ReplyDeleteLike:-)
ReplyDeletesaya juga tidak mendapat apa-apa manfaat, tp still kene bayar tax.
ReplyDeletesaya rasa annoyed dgn penggunaan 1M itu.
Kunun untuk rakyat, tapi tak semua rakyat dpt manfaatnya.
Ini adalah my humble opinion.
bg sy, anggap saje bersedekah..
ReplyDeleteada btolnya.. tp agak sedih bila ada yg kata, "aku xlayak mohon,maka aku xsetuju". xsetuju sbb jeles xdpt?? kesian.. harap jgn seperti itu. anggap saja BERSEDEKAH. rebet pahala lg menguntungkan..
silap PM buat rebet utk student. sy student, sy xsetuju. menggalakkan student membazir. duet pinjaman hbs buat beli gadget je.. hesh!! smpn lg baik.
BRIM tu pun i....sebagai sedekah pada yg tak berkemampuan....
ReplyDeletetapi part rebet tu i stuju dgn u ....
durian runtuh xdpt, rebet pun tak dpt...
byk 'benefit' kerajaan xdpt...
cukai tetap bayar....
golongan 'pertengahan' ni cam 'terlepas pandang' gitu...
sy ponnn x dapat apa2... tak pe lah, cukai pendapatan pon sy x bayar kan. eh.
ReplyDeleteok noted & sedikit setuju hehehe
ReplyDeleteAnak bujang kakcik layak dapat rebat telefon tu, tapi kakcik cakap dengan dia...
ReplyDelete'jangan nak mengada2, ada rebat pun masih mahal. Baik duit tu buat beli pakaian pergi kerja. Bil telefon pun mak yang bayar, lagi nak guna telefon mahal?'
;-)
rebet smartphone tu x payah bagi pun xpe.....
ReplyDeleteSetuju sangat², Rebet telephone pintar tu memang tak relevan lah.
ReplyDeleteKat m'sia ni banyak sangat cukai. Even tapau makanan pon nak kena cukai gak...haishhhh...
Doc, ade post kat fb tak entri ni? Mohon share!
ReplyDeleteUtk golongan surirumah ada x hihi..
ReplyDeletesetuju sangat dengan entry ini, ingin meluahkan isi hati terbuku yang sama.. sedih.. sedih.. sedih!! sedih sangat!
ReplyDeleteseposeng habuk pung saya tak dapat...
ReplyDeletetotally agreed!sepatutnya semua rakyat dapat benefit...kalau bukan golongan susah pun,tetap rakyat malaysia..n bayar income tax ok...seolah2 mcm kuar wit bg gomen tp gomen x bg apa pd mereka yg x layak dpt ape kan...UNFAIR
ReplyDeleteAda pro dan kontra nya.. kalau nak dibahaskan panjang berjela-jela.. Belia-belia pastinya teruja dan berpusu-pusu gi daftar.. Kalau NR baik bagi rebat bil air... ke bil elektrik ke...
ReplyDeleteouh.. I boleh dpot rebate..
ReplyDeletenak try apply la.. hikhikhik..
p/s: besday owan last 2nd january. hehehe~
errrr...rebat utk surirumah ada tak...brg2 makin hari makin naik..takde yg turun hehe
ReplyDeleteklu ada rebet utk beli kereta baru ..... munna mmg suka
ReplyDeletentah...rebat telefon pintar maybe tak perlu kot..bukan ade pekdah pun..baiklah bagi subsidi minyak petrol tu lebih sket..
ReplyDeleteAina guna tel biasa je tak de smart2 pun coz kalau dah smart sangat tumpuan kat kerja kurang asik2 pegang phone jerk.
ReplyDeleteIncome tax yg ciput dah tranfer bayar zakat=lega.
BRIM xlayak..
ReplyDeleteRebet Hp pun xlayak..
Duit Felda pun xlayak sbb bkn anak felda..
Tp org tu anak felda..napa xbayar hutang aku uwa uwa uwa
....silent reader...
salam. setuju sgt2.. walaupun saya kakitangan gov dan bujang dapat brim.. alhamdulillah. tapi still rasa terkilan.. sebab xsemua org dapat. bila gov dpt kenaikan gaji/bonus, barag2 akan naik harga dan bgi effect pada pekerja swasta dan org2 kg :(
ReplyDeletesamalah doc...semua jenis bonus dan bantuan yang kerajaan lakukan tak menyeluruh...boleh kata kalau dalam pembentangan bajet ke, tiada satu pun yang sesuai untuk den...patut lebih menyeluruh untuk setiap lapisan rakyat...
ReplyDeletesampai la ni aku xjumpe fakta kukuh yg mnyokong relevennya pemberian rebet rm200 tu..
ReplyDeletegua malas nak bisisng..pasal gua bayar zakat..
ReplyDeleteramai yang tak setuju dengan pemberian rebat ni..yang muda2 dok kejar smartphone tu suka la..sebab depa tak pikir panjang pun..
ReplyDeletesetuju bulat2!
ReplyDeletep/s: jom migrate hehehe
Kita sama. Bayar cukai tiap tahun satu keistimewaan pun kakak tak dapat dari semua itu.
ReplyDeleteKalau tak undi rasa rugi pulak sebab nak juga pilih yg mana pilihan hati. Geram kan..
salam doc.., wak bukannye pon org politik, tp wak rasa ada rasionalnyee semua tuu.., mungkin golongan yg umur lebih 30 thn sudah lama mengecapi faedah subsidi kerajaan (yg memerintah).., contohnye subsidi minyak kereta.., agaknye kott.,wallahualam
ReplyDeleteSalam perkenalan daddy ziyad...
ReplyDeleteIni pendapat saya jer jangan ambik hati ya...sebenar nya apa apa pemberian pun saya tak setuju...orangnkita ni manja sangat sekali di beri lepastu nanti nak minta dan minta lagi dan kalau tak di bagi lagi mereka mengugut kata tak nak sokong kerajaan pulak...budaya mengugut ni tak bagus langsung.. Kalau saya ke Pasar Malam jalan TAR tu saya boleh lihat betapa suka membazir nya orang kita ni....keluar dari pasar malam tak cukup tangan kanan tangan kiri pun penuh dengan barang2 dan rata rata yang pergi pasar tu golongan orang yang berpendapatn sederhana je...orang2 kaya mereka lebih suka shopping di Pavi atau klcc...tak kelas kata nya kalau shopping di pasar malam. Berbalik pada cerita tadi ya...mereka ni boleh dikata kan jangan ada sale di mana mana mall laju je mereka terjah...tapiii kita rengok lah bila sekolah nak buka mereka merungut pulak tak cukup duit nak beli baju anak...nak beli barang lain keperluan anak2 sedangkan kalau bukan barang2 keperluan sekolah..pantang ada sale berbondong bondong mereka shopping....tak nampak pun mereka susah.
Saya pun tak dapat2 apa2 keuntungan dari kerajaan....walaupun suami saya pernah menjadi setiausaha sulit di kementerian kewangan
semasa zaman Dato Seri Anwar menjadi menteri kewangan....tapi kesetiaan saya tetap pada kerajaan tak berbelah bagi....tetap bersyukur duduk di Malaysia....
Saya pun bukan lah orang politik, saya cuma nak share pendapat saya sahaja....harap2 kalau saya dah revealkan saya penyokong kerajaan jangan lah ada pembaca disini marah ya....saya berkawan dengan semuaorang walaupun orang pas atau pkr infact ramai kawan baik husband adalah orang pkr.....kami berkawan dengan semua orang walaupun pilihan parti tak sama.
bila kita kata ini hanya gula2 pilihanraya tak nak mengaku pulak. menyampehs...
ReplyDeleteMemang betul. Setuju sgt. X de faedah langsung bg rebet tepon tu.... Bg la rebet petrol ke, beret beli rmh yg tengah melambung tinggi ni.
ReplyDeleteaku juga bukan menyebelahi mana2 politik sebab aku sendiri tak minat politik, tapi aku tertarik dengan isu yang ko bawak, which aku pun sama tak setuju.....telefon tu smart atau tidak, fungsi utama utk telefon kan......kita memang kena ukur ngan kemampuan kita....tgk apa yang kita mampu miliki dengan apa yang kita ada
ReplyDeletepemberian mcm ni hanya menguntungkan sesetengah pihak aje, baik pihak yang menerima dan juga pihak yang menjual smartphone itu sendiri....abis yang tak dpt camner? cam den ni? aku juga antara pembayar cukai setiap tahun, dah la tetiap bulan gaji kena tolak, belum campur lagi tah apa2 arahan yang LHDN kuarkan kalau kita terkurang bayar, they hv the right to send letter to our employer to deduct our salary....lambat kena penalti...tapi setiap kali abis budget, apa yang aku dpt? rebat bagai pun tak de....balik rebate komputer ciput tuh, pelepasan diri yang standard utk mana2 pembayar cukai....buku pun setakat seriban je leh dpt, padahal satu buku tu kadang2 lebih dari seriban nak kena bayar......berbalik pada isu ko nih, memang aku setuju ngan apa yang ko utarakan.....bukan sebab jeles atau apa, cuma pemberian one off ni satu benda yang aku kira tak wajar dilakukan.....harapnya bukan telefon aje smart, otak pun kena smart ye!
-sekadar pendapat aku yang ngek ni-
sgt2 setuju sebab pada aku jugak..kalau nak bagi..bagi semua...x semua mampu pakai smartphone..aku kerja jerih perit baru boleh pakai samsung galaxy Y, nak tukar lain mahal kot...hahahaha...
ReplyDeletefikir fikir kanlah sendiri!!!
ReplyDelete*gula tu...gula..dinaikkan pulak harga ketenyeeerrrr nk didik xnk bg kencing manis! ngeeee!~
ReplyDelete*sy merasa la jgk bonus anak felda tu.org bg kita amik, tp ttp setuju dgn doc, pmberian one off ni tak memajukan negara pun!
*btw, terima kasih utk nasihat n suggestion doc. insyaAllah, medela kot. hihi :p
untung bebudak sekarang! kemain kekwat la nanti dok tayang smartphone masing-masing. nak jeles pun tak guna kekadang tu. saya masih mampu cari rezeki sendiri dan beli henpon sendiri sudah lah.
ReplyDelete~owh saya tak daftar sebagai pengundi pun. haha
terima kasih atas curahan rasa ni doc sbb ini jugaklah yg somi saya rasa & saya sokong 400% !!!!
ReplyDeletetekebil2 ngan pekembangan negara skang ni...
ReplyDeletesatu pun tak layak. macam mana ni?
ReplyDeletesetuju sgt2 ..
ReplyDeletex tahulah skrg nie .. susah nak cakap
tapi memang x setuju sbb nampak sgt nak momokkan rakyat , semua sedar PRU dah dekat kann
soo ?? huhuh sedey !
Suka n3 ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSkrg ni, masuk kedai mamak pun kena caj tax. Masuk mcD tax lagi...nak makanpun kena tax. Apa kata hapuskn tax cam gini, baru semua merasa termasuk bangla, pakistan bla bla bla...
Dr dok tabur duit AKU (pembayar cukai) kat org satu maaya mcm tu, kan ke lebih baik naiktarafkan jalan. Jgn bg ada LOBANG, biar tar sampai masuk gunung sana...ada beraniiii???????? Confirm tadak berani
setuju, walaupun dana nih lum penah byr cukai pndapatan lg sbb msh lg lum sampai limit utk mebyrnyer, adik dana umur 21thn n baru keje pas abis belajar keje dlm 3-4bln simpan duit utk beli hp beryitam dia, n dana tak penah pun tlg dia utk beli hp tuh biar dia usaha sndiri... sbb dana nk ajar dia tanggungjwb bkn tau mintak je...
ReplyDeletedana pun tak tau apa kewajaran nyer nk bg rebat utk hp pintar tuh, motipnyer apa?
dana mungkin jenis yg pro kerajaan tp kadang ada jugak yg kite rasa tak puashati, tak semestinya kerajaan perlu sentiasa tabur duit, bg mcm2 bantuan utk rakyat malaysia utk dptkn sokongan, jgn bile dh terlalu dimanjakan nnti rakyat jd mls
wahhhhh panjang lak bebel nyer
assalamualaikum doc..apa khabar? semoga sihat walafiat dan senantiasa dirahmati Allah SWT..lama tak bersua di alam maya ini
ReplyDeletesetuju dgn doc..dee pun pembayar cukai..tahun ni bayar cukai lebih dari tahun2 lepas..tapi xde satu apa pun dee layak enjoy..serius..semakin terpinggir..dee tak jeles..cuma kalau bagi tu..jgnlah one off..bagilah sesuatu yg rakyat boleh enjoy dlm jangka masa panjang..semua golongan..tak kira pendapatan byk mana pun..terutamanya barang keperluan harian :)
ReplyDeleteehm... camner yerk orang malaysia terutama bangsa kitaler
ReplyDeletememang manja dengan bantuan.. smp orang mengatakan..
susah nak cakap sebab kita tak berada di side yang memerintah..
tapi yang bagi cadanganni semua cam mengarutjerkan...
depan mata saya....
ReplyDelete1) duit di bank cecah 100k, rumah sewa keliling pinggang = pun hadap BRIM dgn status Warga emas
2) kerja tetap, duit pencen arwah suami, rumah sewa RM1800 sebulan, tiap tahun holiday obersea.. tanggungan 2 sahaja = pun hadap BRIM atas status ibu tunggal
3) laki bini kerja, anak 2, laki + isteri dekat 4K = pun hadap BRIM
adil ke ni?
bukan jeles tapi ketidakadilan... dah mampu tu tak payah ler hadap ...
setuju..den pon tak layak..huhu n malas nak mengharapkan apapun..
ReplyDeletesetuju sangat..total gaji hubby n i lebih 20-30 puluh dari rm 3k.tapi tak dapat BR1M 500.00 tu..tapi ipar duk kat umah tak keje ,suami bukak company,income ;ebih 5k leh dapat BR1m..sesenang je dapat..camner tu..
ReplyDeleteCiM pownnnn tk lyk terima BR1M, tk lyk jg dpt ribet tel.pintar. nasib baik skang sambung blajar adalah voucher. Klau tk apapun tarakkkkkk
ReplyDeleteRasanya dah masanya utk tukar kerajaan yang ada. Kenapa takut sangat, lihat UK, dah berapa kali tukar kerajaan, tp negara mereka makin maju.. Jepun umpamanya, berapa kali bertukar PM? Adakah negara mereka huru-hara dan hancur sbgmana dakwa PM Malaysia kesan bertukar kerajaan.
ReplyDeleteTak percaya tukar sekali dan lihat kesannya.. Orang muda mcm kita merupakan generasi yang bernai mencuba... Insya Allah! Yakinlah kepada Allah dan bukan kepada BN
#Vote4Change #SelamatkanMalaysia